KELAB TEKNOLOGI REKA CIPTA

KELAB TEKNOLOGI REKA CIPTA

Tuesday, March 9, 2010

Definisi Teknologi Rekacipta

PENGENALAN REKA CIPTA

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

Reka cipta menurut definisi Kamus Dewan ialah barang yang pertama kali
dicipta dan merupakan satu ciptaan baru. Bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini
dan akan datang. Proses rekacipta berasaskan kepada tiga gabungan iaitu minda, kemahiran
serta sikap atau nilai. ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah
dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan
dihasilkan semula dalam bentuk protaip atau model.

Reka Cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-
nilai komersial. Reka Cipta merangkumi bidang-bidang seperti:
  1. Grafik
  2. Reka bentuk perindustrian
  3. Tekstil
  4. Feysen
  5. Seramik
  6. Barangan logam halus
  7. Elektronik
  8. Rekabentuk bangunan/Landskap
  9. Ukiran

ini adalah contoh-contoh gambar teknologi rekacipta.











No comments:

Post a Comment